Pages

Sunday, 15 September 2013

oh my english!

keindahan alam

ciri-ciri pelajar cemerlang



Berikut merupakan saya kongsikan petua-petua dan ciri-ciri yang ada pada pelajar cemerlang, menurut  Dr Fadzilah Kamsah.  Menurut beliau pelajar cemerlang akan:

1. Menggunakan kedua-dua belah otak kanan & kiri. Ini dapat dilakukan dengan membuat aktiviti merangsang kedua-dua belah otak tersebut.

2. Merangsang kesemua deria dalam pembelajaran. Kajian menunjukkan bahawa:

·         kita ingat 10% apa yang dibaca

·          kita ingat 20% apa yang didengar

·          kita ingat 50% apa yang didengar & dilihat

·          kita ingat 70% apa yang dicakapkan

·          kita ingat 90% setelah dipraktikkan

3. Belajar secara aktif dengan pen/pensil ditangan.

4. Belajar 3 jam sehari atau 20 jam seminggu (tidak termasuk kerja rumah). ...Tahu memberi ganjaran kepada diri sendiri selepas belajar seperti membaca surat khabar, melawat rakan dan sebagainya....

5. Belajar dalam persekitaran kondusif.

·         pastikan cahaya adalah terang

·          kurangkan gangguan bunyi

·          tampal poster yang mengandungi slogan yang menaikkan semangat belajar

·          tampal gambar-gambar yang menenangkan fikirano kerusi dan meja menghadap kiblat

·          jangan lupa untuk senyum

6. Tidak ponteng kelas. Kalau tertinggal kelas, salin nota dari rakan.

7. Mengulang kaji menggunakan kaedah output learning iaitu belajar untuk melatih otak menggunakan maklumat yang terkumpul. Ini dapat dilakukan dengan

 membaca buku/nota, ingat kembali, lakar/tulis, sebut apa yang difahami, dan jawab soalan.

8. Tahu teknik merangsang memori:

·         memasukkan maklumat dalam memori (registration)

·          menyimpan maklumat dalam sel memori (retention)

·          mengingat kembali (recall)

·   menggunakan maklumat untuk menjawab soalan atau kegunaan lain (application)

9. Sentiasa awal dan mendahului:

·         persediaan awal akan memberikan permulaan yang baik dan memberi tanggapan yang positif pada guru.

·          pelajar yang mendapat A pada ujian lazimnya akan dapat mengekalkan kejayaannya.

·          belajar awal ketika tiada tekanan adalah tidak membosankan.

·      untuk sentiasa awal dan mendahului, bacalah dahulu sekali atau 2 kali sebelum guru mengajar.
10. Berbuat baik dengan guru. Setiasa hormati dan sayangi guru. 
11. Mempunyai teknik membaca yang betul:
·         duduk dengan tegak & bernafas dengan betul

·          memberikan tumpuan sepanuhnya

·          menggunakan jari telunjuk untuk membaca

·          menyesuaikan kelajuan membaca dengan kesukaran bahan bacaan

12. Sentiasa mengawasi pencuri waktu belajar iaitu angan-angan kosong, bertangguh & malas.

13. Membaca doa penerang hati setiap kali selepas sembahyang, sebelum mengulangkaji, dan sebelum menghadapi peperiksaan.

14. Tidak membuang masa dengan belajar ketika letih.

15. Mengadakan rehat sebentar setiap 20 minit mengulangkaji.

16. Belajar mengikut waktu yang sesuai dengan diri (study according to your biological clock). Bagaimanapun, perlu tahu waktu-waktu yang sesuai untuk belajar iaitu sebelum tidur, selepas bangun tidur, selepas mandi air panas, selepas baca al-quran/zikir selepas riadah dan selepas berdoa.

17. Mengulang kaji secepat mungkin. Ulang kaji ringkas selepas belajar (kita akan lupa 80% selepas belajar).

18. Mengulang kaji secara bersendirian atau berkumpulan.

19. Tahu mengulang kaji adalah aktiviti pembelajaran terpenting sebelum peperiksaan.

20. Mengulang kaji pelajaran berulang-ulang kali.

21. Mengulang kaji apabila mulai terlupa.

22. Tahu petua mengulang kaji:

·         cari tempat yang tenang dan serasi dengan jiwa kitao siapkan semua bekalan dengan sempurna

·          duduk tegak dikerusi yang selesao baca doa penerang hati

·          baca buku atau nota mengikut teknik membaca yang betul

·          fikir dan ingat kembali isi utama

·          catat/lakar

·          semak semula ketepatan maklumat

·          ulang sebut atau ceritakan pada orang lain

·          buat rumusan

·          jawab soalan

·          tampal maklumat yang rumit di dinding

·          baca doa tanda kesyukuran selepas belajar

23. Tahu memberi ganjaran kepada diri sendiri selepas beajar seperti membaca surat khabar, melawat rakan dan sebagainya.

24. Tahu petua-petua agar tidak lupa:

·         jangan makan kepala ikan

·          jangan makan organ dalaman

·          jangan minum semasa makan

·          jangan minum atau makan makanan yang tercemar oleh semut

·          jangan melihat kemaluan

·          banyakkan makan makanan yang mengandungi soya seperti tempe, tauhu dan lain-lain

·          banyakkan makan kismis, kurma dan madu

·          banyakkan makan kekacang

·          pakai minyak wangi ketika belajar atau menghadapi peperiksaan

·          jangan makan sehingga terlalu kenyang

·          jangan kencing berdiri
25. Tahu kemahiran mengingat:
·         tampal nota-nota penting di dinding

·          tukar perkataan, ayat atau definisi dalam bentuk gambar atau rajah

·    gunakan kaedah akronimo reka cerita atau ayat mengenai konsep yang perlu diingat

·          pecahkan maklumat kepada kumpulan kecil

26. Cekap mengatur jadual belajar:

·         mempunyai jadual belajar

·         patuh kepada jadual

·         buat jadual yang boleh diikuti

27. Tidak menangguh belajar pada saat akhir dan tidak menumpukan peperiksaan sebagai dorongan untuk belajar.

28. Cari maklumat mengenai subjek yang tidak diketahui. Sediakan perkara-perkara yang tidak diketahui dan dapatkan penyelesaian dari orang yang lebih arif.

29. Membina kepelbagaian dalam pembelajaran. Sebagai contoh, satu hari dipelbagaikan cara dan topik untuk belajar.

30. Menggunakan masa terluang untuk mengulang kaji atau mencuri masa.

31. Membawa nota ke mana-mana sahaja (kecuali ke tandas).

32. Pelbagaikan tempat belajar.

33. Menyedari guru-guru adalah sumber ilmu yang baik. Tanya guru apabila tidak faham

34. Menjadikan nota-nota menarik seperti membuat corak, menggariskan isi penting dan sebagainya.

35. Ciri-ciri pelajar cemerlang:o taat kepada Allah

·         mendirikan sembahyang

·    menghormati kedua ibu bapa dan sentiasa mendoakan merekao hormati & sayangi guru

·          bersungguh-sungguh dalam melakukan kerja untuk mencapai kecemerlangan.

·          suka pada setiap mata pelajaran yang dipelajario membantu rakan yang memerlukan

·          berdoa dan bersyukur kepada Allah
·          sentiasa bertawakalo mahir dalam setiap mata pelajaran

Wednesday, 11 September 2013

hidup sihat tanpa penyakit

  1. 1.   Pemilihan pemakan yang sihat
Pemilihan pemakan yang sihat adalah amat penting untuk semua manusia di muka bumi ini sebab ia merupakan apa yang korang akan makan. Kalau korang makan makanan yang tak sihat, effectnya kesihatan korang pun tentulah akan terjejas dan sebaliknya. Pemakan yang sihat terdapat pada pyramid makanan. Korang perlu elakkan makanan yang berlemak sebab boleh membawa kepada macam-macam jenis penyakit seperti sakit jantung, darah tinggi dan sebagainya..jangan kena sakit hati pulak ye..
Food Pyramid 300x260 4 Cara Mudah Penjagaan Tubuh Badan Yang Sihat!!!
  1. 2.   Minum air yang secukupnya.
Cara nie memang mudah. Korang hanya perlu minum air 6-8 glas sehari. Tak susah pun minum air nie kan. Sekarang pun teknologi dah canggih. Korang tak perlu masak air lagi dah. Tadah je air kat paip korang, then minum. Memang mudah kan. Tapi pastikan rumah korang ada “penapis air” tu ye..Jangan korang minum air paip yang belum di masak tu sudah..minum air nie bertujuan untuk melancarkan peredaran darah dan membersihkan kotoran dalam tubuh badan. Air nie mestilah air kosong atau air masak. Jangan pulak korang minum air berges atau air yang manis-manis. Memang tak kan sihat lah jawabnya.
air masak 4 Cara Mudah Penjagaan Tubuh Badan Yang Sihat!!!
  1. 3.   Bersenam dan banyakkan aktiviti yang berfaedah
Bersenam memang diakui membawa kepada kesihatan tubuh badan yang baik. Sebabnya, dengan bersenam membuatkan manusia sentiasa sihat, cergas, cerdas dan yang seangkatan dengannya. Dan yang paling penting, dengan bersenam akan dapat menguatkan dan menyihatkan jantung. Manakala, aktiviti yang berfaedah seperti bercucuk tanam ke, mengemas rumah ke adalah lebih baik diamalkan daripada korang melepak dalam bilit ataupun melepak depan game-game korang.hehehehe
bersenam 300x276 4 Cara Mudah Penjagaan Tubuh Badan Yang Sihat!!!
  1. 4.   Dilarang merokok.
Nie salah satu cara yang ramai jugak tak suka kot. Dilarang merokok , sebabnya orang yang merokok nie mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat pelbagai jenis penyakit. Korang tau-taulah sendiri kan sebab dalam television pun dah banyak iklan bahaya merokok nie. Jadi jauhkanlah diri korang dari merokok. Asap rokok pun dah bleh beri effect, inikan pulak kalau merokok!!!
dilarang merokok 4 Cara Mudah Penjagaan Tubuh Badan Yang Sihat!!!
Selesailah sudah 4 cara penjagaan tubuh badan yang sihat..slepas nie korang amal-amalkan slalu..jangan baca je tau!!!Renung-Renugkan Dan Selamat Beramal!!!!!

Wednesday, 4 September 2013

cara tidur rasulullah

1.Tahukah anda Saintis Akui Cara Tidur Rasulullah SAW Baik Untuk Kesihatan Orang dewasa memerlukan masa tidur selama enam hingga lapan jam sehari.
2.Bagi kanak-kanak pula memerlukan masa tidur yang lebih panjang.
3.Golongan veteran yang mencapai usia emas, pola tidur mereka adalah antara empat hingga lima jam sehari.
4.Sebelum tidur pastikan diri dalam keadaan bersih dan disarankan mengambil wuduk supaya diri berasa semangat mahu tidur dan keadaan yang bersih disukai Allah.
5.Tidurlah di atas rusuk kanan dan menghadap kiblat.
6.Berusahalah menjaga adab tidur, elakkan kaki bersilang atau tertiarap dan mengangkat punggung.
7.Tutuplah aurat dan tidurlah di tempat yang terselamat daripada bahaya serta kekotoran.
8. Berwuduklah sebelum tidur “Nabi melihat seorang lelaki tidur sambil meniarap, lantas baginda bersabda: Inilah cara berbaring yang dibenci Allah.” (Hadis riwayat Tarmizi) Sabda Baginda SAW bermaksud: “Apabila kamu mahu tidur ambil wuduk dulu seperti kamu mahu sembahyang, kemudian baringlah di sebelah kanan.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim) Jauhkan diri daripada amalan tidur dua kali pada siang hari kerana amalan itu perbuatan syaitan. Ia menyebabkan wajah jadi kusam, keruh, lembap dan mengurangkan rezeki.
9. Ibn Qaiyim merumuskan bahawa Nabi SAW tidak tidur dalam kekenyangan. Beliau berbaring berlapikkan bantal, mengiring ke sebelah kanan dalam keadaan berzikir kepada Allah, sehingga tidur. Nabi Muhammad SAW suka tidur mengiring ke sebelah kanan. Baginda SAW tidur berlapikkan bantal yang sesuai dan membenci tidur secara meniarap.
10. Ucapan memuji Allah sering diucap pada bibir. Saintis juga mengakui kedudukan tidur Nabi Muhammad SAW itu adalah model terbaik. Ia mampu memberi kesan kepada kesihatan badan. Tidur cara Nabi Muhammad SAW mampu merehatkan badan dan menjaga kesihatan tulang leher.
11. Pakar perubatan mencadangkan dua kedudukan semasa tidur, iaitu mengiring dengan meluruskan tulang belakang atau menelentang di belakang dengan muka dan badan mengadap ke atas dengan menjaga bengkokkan tulang leher.
12. Anak Rasulullah SAW, Fatimah pernah menemui ayahandanya untuk meminta tawanan perang sebagai pembantu rumah kerana penat melakukan tugasan rumah tangga, tetapi tidak dipenuhi Baginda.
13. Sebaliknya, Baginda SAW mengajarkan mereka cara lebih baik daripada itu, iaitu mengamalkan zikir pada waktu hendak tidur dengan membaca pujian bagi Allah (subhanallah sebanyak 33 kali) diikuti Alhamdulillah dan Allahuakbar.
14. Hari ini zikir tersebut lebih dikenali dengan 'Zikir Fatimah'. Itu adalah cara tidur sebaiknya diamalkan sambil berzikir memohon kebaikan serta kesejahteraan daripada Allah.
15. Cara lain ialah membaca surah digalakkan seperti al-Fatihah, ayat Kursi, tiga ‘Kul’ dan doa sebelum tidur bagi mengelak gangguan. - See more at: http://luvislam92.blogspot.com/2013/01/cara-tidur-rasulullah-baik-untuk.html#sthash.IVYsR49Q.dpuf

mutiara kata

Ayat Motivasi dan Mutiara Kata Semiskin-
1.miskin orang ialah orang yang kekurangan adab dan budi pekerti
2. Hukama Jika anda mahu membuat sesuatu, anda akan cari jalan. Jika anda tidak mahu membuat sesuatu, anda akan cari alasan.
3. Peribahasa Arab Harta akan habis digunakan tanpa ilmu tetapi sebaliknya ilmu akan berkembang jika ianya digunakan.
4. Nilai hidup harus diukur dengan garis yang lebih mulia, iaitu kerja dan bukannya usia.
5. Richard Brinsley Sheridan Kamu dapat mengenal lebih banyak tentang diri seseorang itu dari adab dan pertanyaannya, bukan dari jawapan-jawapannya.
6. Voltaire Setiap orang dapat mencapai kejayaan dalam hal apa saja, asalkan ia sangat menyukai pekerjaan yang dilakukan. Lebih baik tidur dengan perut yang lapar daripada bangun tidur dengan banyak hutang. Jagalah dirimu baik-baik, usahakanlah kemuliaannya, kerana engkau dipandang manusia bukan kerana rupa tetapi kesempurnaan budi dan adab. Masa depan itu dibeli oleh masa sekarang.
7. Samuel Johnson Seseorang yang jujur diterima ucapannya oleh musuh. Pengecut mati banyak kali sebelum kematiannya.
8. Yang berani mati hanya sekali.
9. Hidup biarlah berbakti, walaupun tidak dipuji…
10. Jangan sekali-kali kita meremehkan sesuatu perbuatan baik walaupun hanya sekadar senyuman.
11. Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi.
12. Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa.
13. Dalam kesempitan hidup ada kekuasaan ilmu.
14. Jika keadilan ditegakkan, keberanian tidak diperlukan lagi.
15. Barangsiapa menyebarluaskan berita-berita kekejian yang didengarnya, maka dia seperti pelakunya. Tidak ada manusia yang hidup untuk gagal, tetapi tidak merancang adalah merancang untuk gagal.
16. Orang yang sibuk selalunya nampak bising, orang bekerja diam diam sahaja.
17. Apabila engkau telah berazam, maka bertawakallah kepada Allah – Ali imran : 159 Kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal,tetapi ianya datang dari semangat yang tidak pernah mengalah.