- 1. Pemilihan pemakan yang sihat
Pemilihan pemakan yang sihat adalah amat penting untuk semua manusia di muka bumi ini sebab ia merupakan apa yang korang akan makan. Kalau korang makan makanan yang tak sihat, effectnya kesihatan korang pun tentulah akan terjejas dan sebaliknya. Pemakan yang sihat terdapat pada pyramid makanan. Korang perlu elakkan makanan yang berlemak sebab boleh membawa kepada macam-macam jenis penyakit seperti sakit jantung, darah tinggi dan sebagainya..jangan kena sakit hati pulak ye..
- 2. Minum air yang secukupnya.
Cara nie memang mudah. Korang hanya perlu minum air 6-8 glas sehari. Tak susah pun minum air nie kan. Sekarang pun teknologi dah canggih. Korang tak perlu masak air lagi dah. Tadah je air kat paip korang, then minum. Memang mudah kan. Tapi pastikan rumah korang ada “penapis air” tu ye..Jangan korang minum air paip yang belum di masak tu sudah..minum air nie bertujuan untuk melancarkan peredaran darah dan membersihkan kotoran dalam tubuh badan. Air nie mestilah air kosong atau air masak. Jangan pulak korang minum air berges atau air yang manis-manis. Memang tak kan sihat lah jawabnya.
- 3. Bersenam dan banyakkan aktiviti yang berfaedah
Bersenam memang diakui membawa kepada kesihatan tubuh badan yang baik. Sebabnya, dengan bersenam membuatkan manusia sentiasa sihat, cergas, cerdas dan yang seangkatan dengannya. Dan yang paling penting, dengan bersenam akan dapat menguatkan dan menyihatkan jantung. Manakala, aktiviti yang berfaedah seperti bercucuk tanam ke, mengemas rumah ke adalah lebih baik diamalkan daripada korang melepak dalam bilit ataupun melepak depan game-game korang.hehehehe
- 4. Dilarang merokok.
Nie salah satu cara yang ramai jugak tak suka kot. Dilarang merokok , sebabnya orang yang merokok nie mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat pelbagai jenis penyakit. Korang tau-taulah sendiri kan sebab dalam television pun dah banyak iklan bahaya merokok nie. Jadi jauhkanlah diri korang dari merokok. Asap rokok pun dah bleh beri effect, inikan pulak kalau merokok!!!
Selesailah sudah 4 cara penjagaan tubuh badan yang sihat..slepas nie korang amal-amalkan slalu..jangan baca je tau!!!Renung-Renugkan Dan Selamat Beramal!!!!!
0 comments:
Post a Comment